Powered By Blogger
Islamik Testimonial


Thursday, January 31, 2008

Kawan Bermusim

"Perasan tak kita semua berkawan ni bermusim?"tanya seorang teman. Aku memahami ungkapan 'kawan bermusim' tu. Satu istilah yang agak biasa di kalangan kami. Aku pun menjawab, "Kadang-kadang tu memang saya tak join korang buat benda sama-sama. Itu maksudnya saya tak berapa gemar buat perkara tu ataupun saya memang ada kerja lain masa tu."

Memang sukar mempunyai teman-teman yang tak sefikrah dengan kita. Kita dengar nasyid, diorang layan muzik lain. Kita buka web islamik, diorang tengok movie. Kita pergi halaqah, diorang pegi library. Kita pakai skirt labuh, diorang pakai jeans. Bunyi macam diri sendiri je yang baik dan orang lain buat perkara-perkara yang kurang 'islamik'. Mungkin cara hidup yang berbeza disebabkan unsur-unsur yang berlainan mempengaruhi kita. Terpulang pada masing-masing mana yang lebih sesuai dengan diri. Bukan taknak tegur, tapi selalu rasa malu nak tegur. Nak cakap "Eh..kan lagi baik kita buat macam ni macam tu" tapi akhirnya terpendam dalam hati je. "Siapalah aku nak tegur diorang ni" kata-kata yang selalu bermain-main di fikiran. "Aku takdelah sebaik tu. Aku ni 'kaki bola' juga. Turun tahap ke'muslimah'an sejati,"fikiran lain pula menerpa.

Baiklah, ini bukan persoalan siapa yang lebih baik, siapa yang kurang baik.Ini persoalan kawan bermusim.

Kawan bermusim. Ada masa kita rapat dengan orang ni, masa lain mungkin dengan kawan lain pula. Kenapa boleh jadi macam tu? Kita berkawan untuk satu-satu masa adakah tujuan yang berbeza-beza? Kita baik dengan orang ni sebab ada udang di sebalik batu ke? Bila dah tiada udang di balik batu, kita pun mula merenggangkan diri. Nilai persahabatan tidak dapat dirasai dengan sebenar-benar perasaan. Ada jurang di antara sekumpulan sahabat. Mulut kata lain, tapi hati siapa yang tahu?

Mungkin tak 'sekepala' kerana pandangan yang berbeza-beza. Tambah pula kalau keras kepala dan ada ego yang tinggi, makin jauhlah jarak.

Kawan bermusim, siapa yang nak? Kalau nak berkawan, kita nak kawan yang betul-betul kan?Rasa macam tak betul je kalau berkawan macam ni. Usia perkenalan bukanlah ukuran tepat untuk mengetahui tahap keakraban. Mungkin ada perkara yang boleh dikompromi, perkara yang bertentangan sebenarnya masih boleh dibawa berbincang.

Kawan bermusim...rasanya keadaan ini akan sentiasa berputar. Ada masanya aku rasakan itu adalah terbaik yang boleh berlaku. Kenapa pula cakap macam tu? Entahlah. Mungkin aku patut menilai diri. Mungkin semua orang juga perlu melihat diri masing-masing.

No comments: