Powered By Blogger
Islamik Testimonial


Saturday, January 19, 2008

Suatu Hujung Minggu

Sudah beberapa hari tidak menulis blog. Agak sibuk akhir-akhir ini.

Hujung minggu bertandang kembali. Berakhir sudah satu minggu yang dipenuhi dengan tuntutan-tuntutan sebagai orang pelajar. Tak lapang nampaknya hujung minggu ni. Dua ujian menunggu minggu hadapan. Presentation untuk SDL lagi. Kemalasan sedikit meresap. Kerja melambak-lambak. IQRA' perlu dihadiri. Usrah perlu diteruskan setelah dua minggu tak diadakan kerana kesibukan anak-anak buah dengan peperiksaan blok. Tiada ruang untuk diri sendiri. Eh,apa ni? Mengeluh pula. Aku perlukan kekuatan untuk menghadapi minggu hadapan. Namun, aku tak mahu meninggalkan tanggungjawab selain tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Inilah pengorbanan. Berkorban masa lapang dalam menelaah kalam Allah, meningkatkan ilmu tentang Islam dalam pelbagai aspek di samping mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi ujian. Masa yang ada cuba diseimbangkan dengan sebaik-baiknya, tidak terlalu diberatkan ke mana-mana arah.

Ilmu dunia yang dikejar, ilmu akhirat ingin dipertingkatkan. Masa yang ada agak terhad. Tak mengapalah, ikut kemampuan diri. Visi untuk mendapat markah distinction untuk peperiksaan blok perlu diusahakan dengan gigih. Keputusan peperiksaan blok lepas yang kurang memberangsangkan perlu dianalisis semula. Mungkin cara aku menulis jawapan yang tidak menepati kehendak pemeriksa yang menyebabkan sedikit markah diperoleh. Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana lulus dalam semua subjek tatkala ramai yang kecundang. Keputusan yang agak mengejutkan seisi batch. Belajar perlu konsisten. Bukan menunggu pada akhir waktu. Misi mempertingkatkan bacaan Al-Quran perlu ditambah. Alhamdulillah dengan kewujudan IQRA' sedikit sebanyak membantuku. Banyak yang dapat dipelajari. Sedar akan kelemahan bacaan dan tajwid. Silapku juga kerana tak bersungguh-sungguh mempelajari dulu. Tak mengapa, tidak terlalu lambat untuk meningkatkan bacaan. Asalkan ada kemahuan dan usaha.

1 comment:

AmiE said...

salam damia ;)
singgah di fs damia nmpk link ini, jd dtg membc...

mgkn akan dtg menyinggah lg :)

owh.x tau damia igt kte ke tak lg...

huhu