Powered By Blogger
Islamik Testimonial


Friday, January 11, 2008

Suatu Keputusan

Satu keputusan yang dibuat tanpa bertanyakan pendapatku.Terasa diri ini tak diperlukan. Terasa diri ini tak layak untuk diambil kira buah fikiran.Emosionalkah ini?Kenapa kata-kata ini tak terluah,hanya tersimpan di sudut hati.Aku sudah tak wujud?Aku tak penting?Aku menumpang?Aku menyibuk?Menjeruk hati.Menangis lagi.Hati yang telah jauh sekalipun jasad dekat.Hatiku kusut.Kalau aku meluahkan kata hati,khuatir persetujuan tak tercapai.Kalau aku berdiam diri,takut-takut hati ini yang tercalar.Memang hati telah lama tercalar.Tapi tatkala cuba mengubati,lidah menjadi kelu.Aku takut.Takut akan kemungkinan yang terjadi.Takut menjadi semakin jauh.Sesungguhnya aku tak menginginkan jarak ini.Bukankah setiap Muslim itu bersaudara.Sepatutnya cubit paha kanan.paha kiri terasa sakitnya.Aku menjauhkan diri bukan kerana aku marah.Apatah lagi benci.Cuma itu adalah azam baruku.Untuk lebih banyak berdiam diri.Bercakap perkara yang perlu.Menjauhi umpat keji.Mengurangkan kata-kata yang sia-sia lagi melalaikan.Namun bila diutarakan menjadi satu silap faham pula.Apa harus aku lakukan?Bagaimana harus aku katakan apa yang tersirat dalam hati ini?

No comments: