"Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia."
(madah yang dipetik dari laman web iluvislam.com)
Bermulanya tahun baru Hijrah saat terbenamnya matahari di ufuk barat.Memenuhi aktiviti di kala Maghrib dengan doa,mudah-mudahan tahun baru akan membawa seribu makna dan harapan.Muhasabah diri sepanjang tahun 1428H.Terlalu banyak kekurangan yang perlu ditampung.Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.Masihkah aku di takuk lama? Ataupun iltizam tahun baru memberi perubahan yang sebenar?Acapkali resolusi tidak selari dengan apa yang berlaku.Malunya aku berhadapan dengan-Mu ya Tuhan.Dengan sikap dan tingkahlaku.Dengan ibadatku yang tidak seberapa.Sering bertangguh dalam melakukan satu-satu pekerjaan.Menunjuk-nunjuk,ego dan takbur yang bersarang dalam hati.Muamalat dengan keluarga,rakan-rakan,pensyarah dan juga dengan orang lain adakalanya tidak menepati syariat yang Kau tetapkan.Aku selalu ingin agar apa yang aku kehendaki terlaksana seperti mana apa yang aku rancangkan sedangkan aku tahu,aku harus akur dengan qada' dan qadar-Mu.Inikah akhlak seorang Muslimah?
Aku menjangkau usia 23 tahun dalam kalendar Hijrah ini.Usia yang sepatutnya aku bersikap matang.Berfikiran rasional.Bukan lagi mengikut perasaan seperti selalu yang aku lakukan. Bukan lagi menangisi pada perkara yang remeh.Bukan lagi bersikap keras hati hingga menyebabkan orang lain terasa.Perjalanan hidup ini masih jauh jika diizinkan-Nya.Manakan aku dapat berhadapan dengan ranjau yang lebih besar jika aku masih seperti dahulu.Sungguh ya Allah aku tidak mahu seperti dahulu.Aku ingin jadi insan baru.Berikanlah aku kekuatan untuk muhasabah diri setiap hari.Menambah apa yang kurang.Membetulkan apa yang silap.
Andai aku kesepian,aku harap aku tak merasa keseorangan
Andai aku kerinduan,aku harap hati ini tabah
Andai aku kesedihan,aku harap diri tidak terus bermuram durja
Azam tahun baruku semoga dapat mempertingkatkan iman dan kualiti hidup sebagai seorang Muslimah,Insha-ALLAH
Wednesday, January 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment