tatkala dipilih menjadi pengganti,aku merasa gembira
terasa diri bakal menjadi sebutan ramai
terasa orang akan memandang tinggi diriku
namun...lupakah diriku?
akan amanah besar yang tergalas di bahuku
lupakah diriku?
akan tangungjawabku untuk mengingatkan orang lain
lupakah diriku?
bahawa di akhirat kelak akan ditanya oleh-Nya
seringkali aku terlupa
betapa beratnya tugas ini
acapkali aku lalai
dalam menegur kesalahan orang lain
menjadi amirah bukan sekadar pelengkap kepada amirnya
bukan sekadar jawatan semata-mata
tetapi lebih dari itu
saat melihat kemungkaran di depan mata
apakah tindakan ku
adakah aku terus mencegahnya
atau sekadar melihat dan mengutuk dalam hati
saat menasihati teman-teman
aku cuba membetulkan sikap mereka
tetapi betulkah caraku
perlukah disulami dengan jenaka
agar tidak merobek hati dan perasaan
kadang-kadang aku khuatir untuk menegur
takut kehilangan sahabat
tetapi bukankah perintah Allah yang lebih utama?
hati masih berbelah-bahagi
sedangkan sudah terang lagi bersuluh
perintah Tuhan telah dilanggar
larangan Tuhan telah terlaksana
cabaran menjadi amirah
bukan hanya berbekal ilmu semata-mata
tetapi perlu menyelami hikmahnya
perlu beralaskan kekuatan jiwa
dan seharusnya aku perlu selalu muhasabah diri
tercapaikah amanah yang dipertanggungjawabkan
Ya Allah moga dikuatkan hati ini
dalam meneruskan dakwah-Mu
agar tidak tersilap jalan
agar tidak tersalah arah
moga hidayah-Mu
menarik kembali hati yang hanyut
kepada jalan yang diredhai
juga semoga amanah ini terpikul sebaik-baiknya
walau dalam saat yang sukar sekalipun
kekuatan yang kupinta dari-Mu ya Allah
Insha-Allah
Sunday, January 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam.
Cik Damia, mmg sesukar menjadi Amirah apatah lagi Jalwati Amirah.haha ;p
La tahzan.InnaALLAHa ma'ana.Usaha yang sedikit, walaupun tanpa hasil, tetap dipandang di atas sana.
cheers ;D
Post a Comment