Hari ke-5 Sukan Olimpik...
Tatkala negara-negara jiran sudah menempah pingat masing-masing, pasukan Malaysia masih lagi terkial-kial mencari kedudukan untuk melayakkan diri dalam pusingan akhir. Sedikit mengecewakan. Tiadakah peluang Malaysia untuk mendapatkan pingat? Kali terakhir Malaysia mendapat pingat dalam Sukan Olimpik adalah suatu jangka masa yang panjang. Daripada aku seorang murid sekolah rendah hinggalah aku sudah menjadi penuntut kolej perubatan.
Dan penyakit lamaku berulang kembali. Apabila sahaja bermula temasya sukan tak kiralah Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, atau seumpamanya, semangat untuk menceburi sukan pasti akan berkobar-kobar. Rasa ingin menyertai kontinjen Malaysia jadi menebal. (In your dream, Damia). Tiada satu sukan pun yang aku punyai kebolehan. Mungkin aku lebih layak dikatakan pasif dalam sukan. Satu-satunya sukan yang pernah aku ceburi secara serius sepanjang hidup adalah seni mempertahankan diri. Itupun terpaksa menahan diri akhirnya disebabkan kecederaan pada kaki. Tetapi aku sempat menyertai satu kejohanan sebelum 'bersara'. Satu perasaan yang menyeronokkan walaupun tika itu hampir putus nafas dibuatnya kerana terlalu berdebar-debar. Namun keseronokan melihat perlawanan tidak kisah dalam apa jua acara sekalipun, tidak dapat digambarkan denan kata-kata. Menjadi penonton tidak sama seperti menjadi pemain. Debaran yang dirasa sangat berbeza.
Aku berharap Kontinjen Malaysia akan menghasilkan sekurang-kurangnya sebutir pingat. Walaupun harapan semakin tipis, aku harap mereka akan mencuba yang terbaik.
Standing in The Eyes of the World
1 comment:
sampah gile chong wei main time final..nasib baik dpt silver..
Post a Comment