Kebelakangan ini aku menerima banyak berita yang mengejutkan dan salah satunya benar-benar melukakan hati. Air mata dan suara mama jadi peneman. Namun tatkala membaca ayat-ayat-ayatNya:
..sesungguhnya pertolongan Allah amat dekat [2:214]
Dan sungguh Kami benar-benar menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yan benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu dan Kami akan uji perihal kamu [47:31]
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi [pula] kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [2:216]
Dan terima kasih kepada Kak Fid atas tazkirah yang dipetik dari buku La Tahzan:
MENGAPA HARUS BERSEDIH JIKA ANDA MEMILIKI 6 FORMULA?
1)Percaya sepenuhya kepada Allah
2)Kesedaranku bahawa semua yg telah Allah takdirkan akan terjadi
3)Sabar adalah senjata terbaik yg mesti dipergunakan oleh org2 yg sedang mendapat ujian
4) Jika saya tidak bersikap sabar, lalu apa lg yg boleh saya lakukan? Dan kesedihan tidak akan boleh membantuku
5) Mungkin saja saya akan berada dlm keadaan yg lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini
6) Dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka
Terima kasih kerana mengingatkan saya walaupun Kak Fid tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
~Dia Yang Maha Mengetahui~
Wednesday, February 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment