Powered By Blogger
Islamik Testimonial


Sunday, May 4, 2008

Sekeping Hati Bersuara

Hati bergejolak mahu menulis tetapi tidak tahu apa yang mahu diperkatakan. Takut-takut mengambil masa yang terlalu panjang sehingga mengganggu jadual belajar. Tetapi hati mendesak untuk mengeluarkan apa yang terbuku dalam isi hati. Apa yang tak kenanya? Apa yang meresahkan jiwa? Entahlah...selalu juga tidak bertemu jawapannya.

Mungkin juga persoalan hidup di sini.

Mungkin masalah kebejatan akhlak yang semakin serius di Manipal.

IYA yang pernah 'ditegur' kerana bersikap pasif.

Usrah yang tidak menampakkan matlamatnya.

Ukhuwah dengan simpulan yang rapuh.

Kekangan masa yang adakalanya keterlaluan.

Di manakah silapnya? Apa yang kurangnya?

Cabaran besar yang perlu dilalui apabila diri sendiri diletakkan dalam posisi yang besar amanahnya dan semua mata pasti menilai diri dengan posisi tersebut. Segala tindak-tanduk dan tutur kata akan menjadi perhatian.

Hati mengatakan diri tidak layak. Belum cukup sempurna ilmu yang ada. Masih mencari-cari. Masih lagi belajar. Masih mengharap kepada dorongan daripada yang lebih berkelayakan. Belum layak digelar naqibah. Belum cukup mantap untuk mendukung usaha dakwah. Namun, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Biar sesusah mana, biarpun ilmu masih cetek, biarpun ketandusan teman-teman sefikrah, biar terpaksa berkorban masa, wang dan tenaga.

Hati ini merindui teman-teman kejauhan yang selalu mengingatkan diri ini.

Pada Dia aku mengadu. Pada Yang Maha Esa aku memohon kekuatan. Kekuatan agar tidak tergelincir dari landasan yang ditetapkan-Nya. Berdoa agar dipermudahkan jalan dan diringankan beban.

Sukar berhadapan dengan individu-individu yang tidak mahu menerima walaupun sang pemberi telah bersedia. Komitmen belajar lebih penting daripada peringatan, kata mereka. Benarkah begitu? Atau silap sendiri yang mahu usrah secara serius? Atau perlu melakukan promotion yang lebih menarik? Atau perlu mengikut rentak mereka?

Di mana permulaannya? Ke mana pengakhirannya? Soalan yang perlu diungkapkan agar matlamat lebih jelas. Supaya visi mudah dicapai. Agar tahu arah tujuan.

Kenapa mahu berusrah? Lontaran soalan yang berulang-ulang.

Inilah proses tarbiah. Didikan hati agar tidak layu. Siraman jiwa agar ia tumbuh segar. Saling mengingatkan. Saling berkongsi cerita dan pengalaman. Saling menampung kekurangan. Menambahkan persefahaman. Mengeratkan perhubungan.

Dan soalan itu bergema kembali. Layakkah digelar dai'e?

1 comment:

Anonymous said...

salam,kak..just drop by..bukan mudah menongkah arus lautan..payah lg menongkah arus hidup..
jika manusia tak mampu hidup tanpa kepala,maka Islam adalah lebih penting dari itu..
All d best..bkn kesudahan yg ALLAH akn tnya tp usaha..
bukan alasan yg dipinta tp jln penyelesaiannya..
tc..teruskan amal makruf nahi mungkar..bkn mudah nk menang hati manusia..=)
naufa stop kejap dr usrah&berpesatuan atas sbb2 tertentu..i'll join u all later..insyaALLAH..