Perbualan dengan mama semalam:
"Erm block 4 ni, Along sibuk sikit. Jadual packed. Kelas ade sampai hari Sabtu. Tu yang buat Along telefon lambat sikit"
"Takpe, kan memang macam tu belajar medic. Along expect tak, akan sibuk macam ni belajar medic sebelum ni?"kata mama.
"Tak juga. Ingatkan lagi sibuk. Dulu masuk kat INTEC, lecturer selalu cakap nanti tak cukup tidur, stress memanjang. Ok je, cukup je tidur. Still boleh tidur 6-8 jam."
"Ok la tu. Along masak tak?"
"Busy sikit la mama. Tak sempat nak masak. Delivery je dari kedai."
"Ala, masak yang simple-simple kan boleh? Goreng ayam, lepas tu masak sayur sikit."
"Takde masa la ma. Kalau masak nanti, dah ambil masa. Nak kejar dengan study pulak. Hehe, kalau dah namanya malas nak masak, memang macam-macam alasan bagi."
*************************************************
Apa yang boleh disimpulkan?
First, tentang tanggungjawab. Walaupun sibuk macam mana sekalipun itu tak menjadi batu penghalang untuk melaksanakan kewajipan sebagai anak. Telefon ibu bapa apabila berkesempatan dan jika boleh dilakukan dengan kerap. Apa salahnya berkorban sedikit duit untuk memberitahu perkhabaran kepada orang tua yang tertanya-tanya tentang kita. Dan saya akui, sepanjang berada di luar negara, acapkali saya yang menelefon keluarga dan bukan sebaliknya. Tidak kisah untuk berbelanja beratus-ratus rupee untuk satu panggilan yang dapat memadamkan kerinduan terhadap keluarga.
Kedua, tentang pelajaran. Harus sentiasa menjadi keutamaan. Dan sememangnya keutamaan yang paling penting pada ketika ini. Waktu yang kritikal dalam hidup kerana kala inilah yang akan menentukan masa depan. Sibukkan diri dengan soal pelajaran untuk menghindari perkara-perkara yang sia-sia atau yang mungkin menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Juga melaksanakan amanah yang dipikulkan oleh penaja yang telah bersusah-payah membiayai pengajian. Indirectly, amanah dari rakyat (melalui cukai pendapatan).
Ketiga, mungkin hanya relevan untuk diri sendiri. Perbaiki skill memasak. Walaupun simple sekalipun haruslah meningkatkan kekerapan memasak. Memasak sebenarnya dapat mengurangkan stress. Bagi sesetengah orang, memasak mungkin menambahkan lagi stress tetapi itu tidak berlaku kepada saya. Tambahan lagi, kualiti makanan adalah terjamin dan kita dapat memasak makanan mengikut selera kita. Apatah lagi memasak untuk kuantiti yang banyak untuk dikongsi bersama-sama orang lain. Mengeratkan ukhuwah yang sedia ada.
Keempat, rehat yang mencukupi. Belajar bidang perubatan seringkali disinonimkan dengan jadual waktu yang padat, waktu rehat yang sedikit dan tidur yan kurang mencukupi. Ada benarnya tetapi masih kurang tepat. Mungkin juga disebabkan belajar di MMMC, banyak perkara yang sebenarnya 'memanjakan' diri. Masih nak bermain-main dalam bidang ini? I don't think it's a right idea.
- Life is never easy but we can ease our life -