Sunday, April 27, 2008
Saiful Nisa'
"Nama apa ye nak letak?Tak terfikir pulak nak letak nama untuk usrah ni. Kalau dalam bahasa Arab lagi best."
"Suka nama bunga tak?Letak nama mawar as nama usrah ni.Wardah.Nak lagi best boleh letak Wardatul Islam, yang bermaksud mawar Islam."
"Ok ke. Mana tahu ade orang tak suka bunga pulak."
"Eh,suka...suka. Tak kisah pun"
"Takpun letak nama Saiful Nisa',"
"Hmmm...sedap juga. Bolehla, Saiful Nisa'...pedang wanita"
"Wah...moga-moga kalian semua menjadi pedang yang berjuang untuk Islam"
"Macam nama nak dekat Saifulislam je. Hehe...tak tiru tau"
________________________________________________
Bermulalah era Saiful Nisa' dalam pembentukan sebagai mujahidah. Moga-moga Allah menetapkan hati-hati kami pada jalan-Nya. Mudah-mudahan nama ini menjadi peniup semangat untuk berhalaqah. Semoga dapat manfaat semasa berusrah. Doa kami agar kami, 'pedang yang tumpul' ini akan menjadi pedang yang tajam dan bersinar untuk kegemilangan Islam pada masa akan datang...Insha-Allah
Wednesday, April 23, 2008
During Pathology Class
Dean said:
You can have big heart poetically but you should not have big heart anatomically
Big heart (poetically) = kind, generous, etc...
Big heart (anatomically) = left ventricular hypertrophy (it's not a good sign to your health)
Wednesday, April 16, 2008
Summer of Manipal
Raining season will come soon anyway and during that time how you wish for the sunshine!
Sunday, April 6, 2008
Europe Trip 2008
pasukan yang menjadi pilihan hati
Langkah semakin panjang. Ke selatan singgah di Nottingham dan dua hari kemudian berada di Liverpool sebelum berangkat ke Paris, Perancis. Berjumpa dengan teman-teman lama di Nottingham mengingatkan semula sedikit sebanyak kenangan di INTEC. Masih seperti dulu. Tidak banyak yang berubah. Mungkin juga cara berfikir dan berinteraksi yang mungkin berbeza jika dibandingkan dua tahun lepas. Paris meninggalkan satu kenangan yang sukar dilupakan. Bagaimana kami berenam tersesat di sebuah stesen kereta api dan mujur seorang wanita Muslim dalam usia pertengahan bersungguh-sungguh mahu membantu kami agar dapat sampai ke destinasi yang sepatutnya. Ibarat ayam bercakap dengan itik, itulah perumpamaan komunikasi kami. Wanita itu tidak tahu berbahasa Inggeris manakala kami tidak mahir bertutur dalam bahasa Perancis. Saling membuat isyarat dengan tangan dan tulisan akhirnya kami sedikit menangkap apa yang cuba disampaikannya. Dia mempelawa kami pergi ke rumahnya tetapi kami terpaksa menolak memandangkan kami perlu berkejar ke hotel untuk check in. Kami berterima kasih atas pertolongannya itu. Allah sahaja dapat membalas jasanya. Terasa ukhuwah Islam yang hangat di bumi Paris. Bila sahaja kami berjalan-jalan kedengaran salam diberikan. Adakalanya kami tidak mengetahui dari mana salam itu kedengaran. Jawab dalam hati je la. Hmm..adakah keadaan yang sama berlaku di Malaysia?TIDAK. Kerana kita lebih senang menggunakan hai berbanding Assalamualaikum. Petang itu, kami menuju ke Eiffel Tower sebagai destinasi pertama kami. Awak tak sempat naik Eiffel Tower la Damia. Kena beratur panjang. Kalau nak naik, kita sepatutnya pergi awal-awal sikit. Sedikit kecewa. Tak mengapalah bukan rezeki nak naik Eiffel Tower memandangkan aku perlu berkejar ke lapangan terbang Orly Sud pada lewat petang. Penerbangan ke Prague tidak harus terlepas!
Bumi Paris ditinggalkan setelah berjaya menjejakkan kaki ke Eiffel Tower. Setelah bergambar lebih kurang kami berpisah. Rakan-rakan yang lain menuju je Patheon dan mereka perlu berhenti di stesen Notre Dame dan aku pula menuju ke stesen Antony. Dipendekkan cerita, aku tiba di lapangan terbang Ruzyne sedikit lewat daripada jadual asal. Gara-gara seorang penumpang yang tiada tempat untuk duduk walaupun memiliki tiket! Disambut oleh teman serumah di INTEC, dan tiba di rumahnya hampir jam 11, aku kelelahan. Tiga hari lepas di Nottingham, dua hari lepas di Liverpool, semalam di Paris dan hari ini di Prague tentu sahaja aku kehabisan tenaga. Lenguh satu badan berjalan tidak berhenti-henti. Padahnya keesokan harinya, hampir separuh hari dihabiskan di atas katil. Mujur juga tidak ke mana-mana pada hari itu.
Menghabiskan beberapa hari berjalan-jalan di sekitar Prague sambil ditemani Mutia sebelum melabuhkan diri ke Hradec Kralove bersama-sama Nabilah Hanis sememangnya menjadi kenangan yang indah. Aah...alangkah rindunya zaman-zaman semasa berada di INTEC. Alhamdulillah misi menjejakkan kaki ke bumi Republik Czech tertunai sudah sejak sekian lama. Ni yang untung kalau datang sorang-sorang, ramai kawan yang boleh belanja makan. Aku tersenyum mendengar kenyataan itu. Apalagi makan aiskrim pada musim sedingin itu!
Tiba saat untuk terbang ke London setelah seminggu berada di bumi Bohemia. Perjalanan selama 2 jam terasa meletihkan. Tambahan lagi, bas yang sepatutnya berhenti di Oxford Street tidak seperti yang difikirkan. Terlajak sehingga ke Victoria Station, teman seperjalanan yang telah berada di London sejak dua hari lepas cepat-cepat dihubungi. Hampir panik dibuatnya. Mujur sahaja dapat berjumpa semula. Malam itu, aku keseorangan di Malaysian Hall memandangkan rakan-rakan lain berpindah ke MARA House.
Menonton Wicked, membeli-belah di Oxford Street, menaiki cruise di sepanjang Sungai Thames sambil menyaksikan keindahan Tower Bridge pada waktu malam yang mengasyikkan, berjalan-jalan di Trafalgar Square....memang memenatkan tetapi kegembiraan yang terselinap menghilangkan rasa penat yang menghurung setiap inci badan.
Destinasi terakhir kami; Ireland. Yang paling ditunggu-tunggu oleh sekian ramai. Berbanding diriku yang menjadikan Republik Czech sebagai destinasi prioriti. Hampir setiap tempat yang dikunjungi, perkara-perkara yang sama sahaja yang dilakukan. Membeli-belah, berjumpa teman-teman lama, makan-makan, bersiar-siar di tempat-tempat menjadi tarikan dan seumpamanya. Ada satu tempat yang dikunjungi yang paling menarik hati. Di mana di situ terdapat Al-Quran manuskrip lama yang menjadi bahan pameran. Masha-Allah...indah sekali. Chester Beatty Library, lebih dari sekadar berfungsi sebagai perpustakaan.
Dan sepanjang perjalanan tersebut terlalu banyak pengalaman yang dikutip. Nilai ukhuwah yang tinggi, elemen kasih sayang dan rasa cukup apa yang ada menjadikan kembara ini bukan bersifat pelancongan semata-mata. Ibrah yang berharga diambil dan dijadikan pegangan. Bumi Allah itu sememangnya luas. Pepatah 'jauh perjalanan luas pemandangan' membenarkan jua. Moga kesempatan akan datang, akan digunakan sebaik-baiknya berjalan-jalan di bumi ciptaan-Nya sambil memikirkan kebesaran dan keagungan ciptaan-Nya.