Powered By Blogger
Islamik Testimonial


Wednesday, January 9, 2008

Salam Tahun Baru 1429H

"Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia."

(madah yang dipetik dari laman web iluvislam.com)

Bermulanya tahun baru Hijrah saat terbenamnya matahari di ufuk barat.Memenuhi aktiviti di kala Maghrib dengan doa,mudah-mudahan tahun baru akan membawa seribu makna dan harapan.Muhasabah diri sepanjang tahun 1428H.Terlalu banyak kekurangan yang perlu ditampung.Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.Masihkah aku di takuk lama? Ataupun iltizam tahun baru memberi perubahan yang sebenar?Acapkali resolusi tidak selari dengan apa yang berlaku.Malunya aku berhadapan dengan-Mu ya Tuhan.Dengan sikap dan tingkahlaku.Dengan ibadatku yang tidak seberapa.Sering bertangguh dalam melakukan satu-satu pekerjaan.Menunjuk-nunjuk,ego dan takbur yang bersarang dalam hati.Muamalat dengan keluarga,rakan-rakan,pensyarah dan juga dengan orang lain adakalanya tidak menepati syariat yang Kau tetapkan.Aku selalu ingin agar apa yang aku kehendaki terlaksana seperti mana apa yang aku rancangkan sedangkan aku tahu,aku harus akur dengan qada' dan qadar-Mu.Inikah akhlak seorang Muslimah?

Aku menjangkau usia 23 tahun dalam kalendar Hijrah ini.Usia yang sepatutnya aku bersikap matang.Berfikiran rasional.Bukan lagi mengikut perasaan seperti selalu yang aku lakukan. Bukan lagi menangisi pada perkara yang remeh.Bukan lagi bersikap keras hati hingga menyebabkan orang lain terasa.Perjalanan hidup ini masih jauh jika diizinkan-Nya.Manakan aku dapat berhadapan dengan ranjau yang lebih besar jika aku masih seperti dahulu.Sungguh ya Allah aku tidak mahu seperti dahulu.Aku ingin jadi insan baru.Berikanlah aku kekuatan untuk muhasabah diri setiap hari.Menambah apa yang kurang.Membetulkan apa yang silap.

Andai aku kesepian,aku harap aku tak merasa keseorangan
Andai aku kerinduan,aku harap hati ini tabah
Andai aku kesedihan,aku harap diri tidak terus bermuram durja

Azam tahun baruku semoga dapat mempertingkatkan iman dan kualiti hidup sebagai seorang Muslimah,Insha-ALLAH

Monday, January 7, 2008

It's All About Teeth

An interesting topic I have covered today in Forensic Medicine today.It's under the topic of estimation of age with subtopic of dentition.It's like I've studied to become a dentist that moment (no,I'm not planning to become a dentist).Anyway,I feel the topic is really interesting.With the mnemonics given to remember the order of eruption of the permanent tooth:

First molar(Mother)
Central incisor(Is)
Lateral incisor(In)
First premolar or bicuspid(Bed)
Second premolar or bicuspid(Baby)
Canine(Cries)
Second molar(Milk)
Third molar(Milk)

A very enjoyable class!!!

The lecturer also mentioned about the 'wisdom' tooth or the third molar tooth which is the final tooth arise.He hoped that he would have plenty of time to check each one of us whether our very last tooth has appeared or not.Do I have the 'wisdom' tooth already?Hmm..let me check first. Ok,it seems most of the quadrant except the left upper quadrant has the third molar already (not wise enough).Well,it seems my dentition has not complete yet.Need to wait another three years to become fully 'WISE'!

Charting of dentition
-The standard guideline given by Federation Dentaire Internationale(FDI)
-Accepted across the globe
-Easier to represent the tooth in dentition

Let's do some analysis:

Charting of dentition vs numbers which related to myself(which end with number2):

22(my age in 2008) - permanent lateral incisor at left upper quadrant
32(tevez's number:my favourite Man Utd player) - permanent lateral incisor at left lower quadrant
52(tevez's birth date,so NOT related to me!) - permanent lateral incisor at right upper quadrant
62(my roll number) - temporary lateral incisor at left upper quadrant
72(my birth date) - temporary lateral incisor at left lower quadrant

(could not find for 42 and 82)

So much you can tell about teeth ^_^

antara LONDON dan PRAGUE

Antara dua pilihan?
Yang mana satukah?
Kedua-duanya benar-benar mengujakan
Kusut...
Apa harus kubuat?
Istikharah?
Mungkin itu jalan terbaik
Meminta petunjuk daripada-Nya
Munkin hanya Dia boleh memberikan jawapan

Antara London dan seminar The Professional Mukmin Generation di Prague
Mana satu harus kupilih?
Tinggal seminggu sebelum membuat keputusan terakhir

Bayangan Sungai Thames dan London Bridge yang melambai-lambai
Keindahan kota London yang menggamit hati untuk berkunjung
Akan adakah peluang kedua jika ku tak menjejakkan kaki ke sana
TAPI...
Bila lagi aku akan ada peluang untuk menyertai program seperti itu?
Aku dah terlepas peluang untuk menghadiri PUISI '07
Saat hati meronta-ronta untuk berada di Ireland
Andai kupunya sayap pasti aku sudah melewati Bukit Melleray, Co. Waterford
Aku cemburu
Dengan teman-teman di United Kingdom,Ireland,dan Republik Czech
Cuti Krismas yang terisi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat
Di sini?
LAGENDA yang ada
Apa yang ada pada LAGENDA?
Tak nampak manfaatnya
Dari satu sudut,inilah masanya untuk menunjukkan budaya Malaysia
Namun dengan pengisian yang kurang bermakna,semua tu tak membawa apa-apa

Ya Allah,mudah-mudahan kau beratkan hati ni kepada keputusan yang betul
Walau apapun keputusan yang hadir dalam benakku
Aku terima ya Allah
Sekalipun bukan itu yang paling aku inginkan

AKU YANG MASIH MENCARI

Sunday, January 6, 2008

Steadfast

On the authority of Abu 'Amr, though others call him Abu 'Amrah Sufyan bin 'Abdullah, radiyallahu anhu, who said:
I said: "O Messenger of Allah, tell me something about Islam which I could not ask anyone about save you." He answered: "Say: 'I believe in Allah', and then stand firm and steadfast."
[Muslim]

Hati...Sensitif...

Hati...mengapa kau terlalu sensitif?Andai terusik dengan sedikit kata-kata,kau bersangka yang bukan-bukan.Bagaimana?Apa yang sepatutnya aku lakukan?Aku lemas dengan sikapku yang satu ini.Tak pernah surut dari dulu.Dengan hati sensitif inilah aku telah mencipta 'jarak' dengan pelbagai orang.Dengan hati sensitif inilah yan menyebabkan kawan-kawan menjadi jauh.Aku sedih.Sesungguhnya aku kadang-kadang malu dengan sikap ni.Ditegur sikit,buat muka.Diusik sedikit,boleh menangis.Seolah-olah menunjukkan ketidakmatangan diriku.Ya ALLAH,apa yang harus buat?Tersuratkah diriku yang mempunyai hati yang terlalu sensitif dan mudah merajuk ini?Bagaimana sepatutnya aku berubah ya Allah.Hati yang sensitif inilah yang membawa sikap yang bukan-bukan.Mudah berprasangka yang tidak baik.Kau temukanlah diriku dengan seseorang yang dapat menasihatkan diriku.Yang dapat memujukku.Yang dapat mengingatkanku. Bukan tidak yakin dengan doa yang kupanjat di hamparan sejadah tapi adakalanya aku tak nampak ya Allah mana kesalahan diriku.Siapa lagi yang boleh memperingatkan selain orang-orang di sekelilingku.Tatkala air mata mengalir ya Allah aku rindukan teman-teman lama.Yang lebih memahami diri.Menjadi tempat curahan hati.Rasa kesepian yang berterusan sepanjang aku di sini.Janganlah Kau biarkan hati beterusan bersikap sedemikian.Bukankah menjadi Muslimah solehah menjadi impian?Bagaimana hendak menjadi Muslimah sebegitu andai rajuk hati bertandang walau hanya dengan perkara-perkara kecil. Ujian untuk diriku dalam mengendalikan hati yang sensitif ini.



Hati...mudah-mudahan pada perkara yang betul kau bersifat sensitif

tinta dari hati

bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita

bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita

bersyukurlah dengan orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah yang memupuk kita agar berdikari

bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah yang menguji kesabaran kita

bersyukurlah dengan orang yang melukai hati kita kerana dialah yang mengajar kita akan hakikat sebenar kehidupan

bersyukurlah dengan orang yang menolak cinta kita kerana dialah yang mengingatkan kita akan cinta kepada-Nya

bersyukurlah dengan orang yang membenci kita kerana dialah mendidik kita agar muhasabah kembali akan akhlak kita

Sukarnya Menjadi AMIRAH

tatkala dipilih menjadi pengganti,aku merasa gembira
terasa diri bakal menjadi sebutan ramai
terasa orang akan memandang tinggi diriku
namun...lupakah diriku?
akan amanah besar yang tergalas di bahuku
lupakah diriku?
akan tangungjawabku untuk mengingatkan orang lain
lupakah diriku?
bahawa di akhirat kelak akan ditanya oleh-Nya
seringkali aku terlupa
betapa beratnya tugas ini
acapkali aku lalai
dalam menegur kesalahan orang lain
menjadi amirah bukan sekadar pelengkap kepada amirnya
bukan sekadar jawatan semata-mata
tetapi lebih dari itu
saat melihat kemungkaran di depan mata
apakah tindakan ku
adakah aku terus mencegahnya
atau sekadar melihat dan mengutuk dalam hati
saat menasihati teman-teman
aku cuba membetulkan sikap mereka
tetapi betulkah caraku
perlukah disulami dengan jenaka
agar tidak merobek hati dan perasaan
kadang-kadang aku khuatir untuk menegur
takut kehilangan sahabat
tetapi bukankah perintah Allah yang lebih utama?
hati masih berbelah-bahagi
sedangkan sudah terang lagi bersuluh
perintah Tuhan telah dilanggar
larangan Tuhan telah terlaksana
cabaran menjadi amirah
bukan hanya berbekal ilmu semata-mata
tetapi perlu menyelami hikmahnya
perlu beralaskan kekuatan jiwa
dan seharusnya aku perlu selalu muhasabah diri
tercapaikah amanah yang dipertanggungjawabkan

Ya Allah moga dikuatkan hati ini
dalam meneruskan dakwah-Mu
agar tidak tersilap jalan
agar tidak tersalah arah
moga hidayah-Mu
menarik kembali hati yang hanyut
kepada jalan yang diredhai
juga semoga amanah ini terpikul sebaik-baiknya
walau dalam saat yang sukar sekalipun
kekuatan yang kupinta dari-Mu ya Allah

Insha-Allah