Powered By Blogger
Islamik Testimonial


Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, June 14, 2008

Renungan Untuk Diri

Perbualan dengan mama semalam:

"Erm block 4 ni, Along sibuk sikit. Jadual packed. Kelas ade sampai hari Sabtu. Tu yang buat Along telefon lambat sikit"

"Takpe, kan memang macam tu belajar medic. Along expect tak, akan sibuk macam ni belajar medic sebelum ni?"kata mama.

"Tak juga. Ingatkan lagi sibuk. Dulu masuk kat INTEC, lecturer selalu cakap nanti tak cukup tidur, stress memanjang. Ok je, cukup je tidur. Still boleh tidur 6-8 jam."

"Ok la tu. Along masak tak?"

"Busy sikit la mama. Tak sempat nak masak. Delivery je dari kedai."

"Ala, masak yang simple-simple kan boleh? Goreng ayam, lepas tu masak sayur sikit."

"Takde masa la ma. Kalau masak nanti, dah ambil masa. Nak kejar dengan study pulak. Hehe, kalau dah namanya malas nak masak, memang macam-macam alasan bagi."

*************************************************

Apa yang boleh disimpulkan?

First, tentang tanggungjawab. Walaupun sibuk macam mana sekalipun itu tak menjadi batu penghalang untuk melaksanakan kewajipan sebagai anak. Telefon ibu bapa apabila berkesempatan dan jika boleh dilakukan dengan kerap. Apa salahnya berkorban sedikit duit untuk memberitahu perkhabaran kepada orang tua yang tertanya-tanya tentang kita. Dan saya akui, sepanjang berada di luar negara, acapkali saya yang menelefon keluarga dan bukan sebaliknya. Tidak kisah untuk berbelanja beratus-ratus rupee untuk satu panggilan yang dapat memadamkan kerinduan terhadap keluarga.

Kedua, tentang pelajaran. Harus sentiasa menjadi keutamaan. Dan sememangnya keutamaan yang paling penting pada ketika ini. Waktu yang kritikal dalam hidup kerana kala inilah yang akan menentukan masa depan. Sibukkan diri dengan soal pelajaran untuk menghindari perkara-perkara yang sia-sia atau yang mungkin menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Juga melaksanakan amanah yang dipikulkan oleh penaja yang telah bersusah-payah membiayai pengajian. Indirectly, amanah dari rakyat (melalui cukai pendapatan).

Ketiga, mungkin hanya relevan untuk diri sendiri. Perbaiki skill memasak. Walaupun simple sekalipun haruslah meningkatkan kekerapan memasak. Memasak sebenarnya dapat mengurangkan stress. Bagi sesetengah orang, memasak mungkin menambahkan lagi stress tetapi itu tidak berlaku kepada saya. Tambahan lagi, kualiti makanan adalah terjamin dan kita dapat memasak makanan mengikut selera kita. Apatah lagi memasak untuk kuantiti yang banyak untuk dikongsi bersama-sama orang lain. Mengeratkan ukhuwah yang sedia ada.

Keempat, rehat yang mencukupi. Belajar bidang perubatan seringkali disinonimkan dengan jadual waktu yang padat, waktu rehat yang sedikit dan tidur yan kurang mencukupi. Ada benarnya tetapi masih kurang tepat. Mungkin juga disebabkan belajar di MMMC, banyak perkara yang sebenarnya 'memanjakan' diri. Masih nak bermain-main dalam bidang ini? I don't think it's a right idea.

- Life is never easy but we can ease our life -

Monday, May 12, 2008

Happy Mother's Day


Happy Mother's Day, mama!



Sorry for not sending anything for you but I always pray that you're always happy and healthy.

Pray so that you become a good Muslimah, a great wife and a loving mother.



Nothing can exchange for your love that you have showered and sacrifice that you have made.



You're a good listener and great companion.

May Allah bless you here and Hereafter.



I missed you a lot....

Thursday, January 17, 2008

Selamat Hari Jadi Ayah


Selamat Hari Lahir ke-56 ayah. Semoga Allah merahmatimu. Semoga Allah memanjangkan usia agar dengan usia itu dapat diisi dengan memperhamba diri kepada-Nya. Maaf, hanya kad dan panggilan telefon menjadi pengganti diri. Along rindukan ayah. Teringat betapa dulu kerasnya hati Along. Suka melawan. Tak dengar cakap. Ada saja kata-kata ayah yang Along protes. Kita sememangnya tak rapat. Tak seperti dengan mama. Ayah terlalu sibuk dengan kerja. Selalunya malam baru balik. Kadang-kadang tak bersua muka untuk beberapa hari disebabkan tugas di luar daerah. Kami semua tahu ayah bertungkus-lumus mencari rezeki untuk anak-anaknya. Namun, janganlah kesibukan itu merenggangkan kita. Luangkan masa untuk kami juga. Luangkan masa untuk-Nya juga. Apa-apapun, semoga ayah ceria dan bahagia selalu.
Dari,
Anakmu

Wednesday, September 26, 2007

Pulang Semula

Alamak...tak seronoknya.Cuti dah habis.Kembali ke dunia realiti semula.Realiti sebagai seorang pelajar.Kembali berhadapan dengan kelas dan buku-buku.Dengan ujian dan peperiksaan.

'Homesick'nya rasa.Rindu dengan mama.Dengan ayah.Dengan Abang,Amir,Kak Cik,Amin dan Adik.Dengan Momoe,Koko dan Yuyue.Sepatutnya balik Malaysia adalah untuk menghilangkan kerinduan bukan menambah 'homesick' di hati.Rasa macam nak balik semula.Tak dapat la nak tengok Liontin lagi.Tak dapat la tercangak depan TV dan menatap wajah Roby lagi.Ish..sejak bila aku 'layan' cerita Indonesia ni?Rasanya macam nak balik je bulan Mac nanti.Tapi boleh ke? Kata nak pegi jalan-jalan lagi.Bila lagi ada kesempatan nak berjalan-jalan kalau bukan dah ada di sini.Tengoklah dulu.Tapi rasa 'homesick' masih menebal.Terbayang-bayang lagi lambaian mama kat KLIA.Rasa nak menitik air mata waktu tu tapi malu pula dengan kawan-kawan.Takpe.. takpe...tahan,tahan.Telefon mama semalam.Mama kata biasalah tu,nanti lama-lama kurang lah rasa 'homesick' tu.Lambatnya lagi nak balik Malaysia semula.Setahun lagi.Mudah-mudahan masa cepat berlalu.Mudah-mudahan kesibukan buat rasa tak sedar pun masa berlalu dengan pantas.

Rasa macam tak cukup je cuti yang ada.Terlalu singkat rasanya.Seronoknya kawan-kawan yang belajar kat UK,Ireland,US,Czech Republic.Diorang semua cuti sampai 3 bulan.Kat sini?Sebulan je ada.Tak mengapalah sekurang-kurangnya setiap 5 bulan ada cuti sebulan.Bahagian masing-masing.Walaupun pendek tapi biar bermanfaat.Biar terisi dengan perkara-perkara yang betul. Walaupun singkat,kepuasan hati tetap ada.Cuma,harap-harap cuti akan datang dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.Shopping dengan mama.Borak-borak dengan mama dan adik-adik.Luangkan masa dengan ayah.Melawat abang dengan Amir.Main dengan Momoe.Main dengan Koko dan Yuyue juga.Rindunya...

Tunggu Along balik lagi ye!!!!

Tuesday, August 28, 2007

Kembali

Setelah setahun berada di bumi Manipal,akhirnya aku berpeluang kembali ke tanah air untuk bercuti pada bulan Ogos-September.Rindu kepada keluarga yang tidak tergambar dengan kata-kata. Teruja hati saat melangkah keluar dari apartmen menuju ke tempat menunggu bas. Perjalanan yang dirasakan terlalu panjang.Bayangkan, bertolak dari Manipal 25 Ogos dan sampai ke rumah pada 27 Ogos.Ini gara-gara memilih untuk transit beberapa jam di Sri Lanka.Tak mengapalah,pengalaman yang berbaloi walaupun sedikit memenatkan. Beruntungnya berpeluang menjejakkan kaki ke Sri Lanka.Walaupun bukan secara rasmi,tapi kesempatan yang ada tidak harus dilepaskan.Mungkin tak akan ada peluang kedua.Penginapan mewah yang disediakan,menyusuri pantai yang pernah dilanda tsunami pada Disember 2004,menikmati supper yang ala kadar, mana mungkin ada kesempatan kedua. Cukuplah sekali. Tak sabar rasanya nak tiba di rumah.Mesti mama dah siapkan lauk ikan keli kegemaranku. Ayah...masih sibukkah seperti selalu?Apa khabar agaknya adik-adikku. Dah setahun tak berjumpa. Mesti ada banyak perubahan. Mudah-mudahan cuti ni akan aku gunakan sebaik-baiknya untuk meluangkan masa dengan keluarga tercinta dan teman-teman yang dirindui. Tak dilupakan shopping di Mid Valley (hehe)

Aku kembali...